Saturday, December 17, 2011

Keanehan Pulau Socotra


Bagi saya entry kali ni yang saya nak share adlah entry yg agak menarik. Nak tau knape saya cakap menarik?  Ermm.. Pernah tak korang dengar tentang pulau socotra iaitu pulau yang paling pelik dan berbeza dari mana2 tempat lain. apasaja yg ada kat pulau tu boleh dikatakan pelik dan aneh dan seolah2 kita berada didunia yg lain kerana apa saja dari segi tumbuhan, haiwan,tanah,musim dan suhu adalah berbeza dari tempat lain. Tajuk entry kali ni sebenarnya saya dapat selepas menonton rancangan "nasi lemak kopi O"di TV9 yang menceritakan sedikit tentang keajaiban socotra. so, ianya menarik minat saya untuk mencari maklumat diinternet tentang pulau ini n share kat sini. By the way, kat bawah ni semua adalah maklumat yg saya dpt dari web dan blog.(^.,*)



Socotra atau dikenali juga sebagai "Dream of Island" adalah sebuah kepulauan yang terletak di Yaman. Uniknya tentang pulau ini ialah ia adalah kepulauan yang paling pelik didunia dan tidak terdapat dimana2 tempat yang lain.





ianya adalah pulau terpencil dan satu pertiga dari tumbuhan disitu, termasuk pokok gergasi tidak akan ditemui ditempat lain. Socotra amat aneh sehingga digambarkan sebagai tempat paling pelik di bumi. kalu anda kesini anda boleh beritahu kawan2 anda bahawa anda sudah pergi kedunia lain selain atau anda telah berjumpa dengan alien.  
 
 
 



Socotra juga digelar sebagai "neraka dunia".Tidak diketahui kenapa ia dianggap sebagai Neraka Dunia dan juga sebagai pulau terbesar daripada empat pulau di Lautan Hindi, Socotra terletak kira-kira 240 kilometer ke timur Afrika Timur.Banyak pohon dan tumbuhan di pulau ini termasuk dalam kategori flora endemis, yang artinya tidak ditemui di tempat lain di dunia selain di pulau Socotra. Bahkan ada beberapa varieti yang diprediksikan telah mencapai usia 20 juta tahun.



Kepulauan Socotra di Yaman yang dikenali juga sebagai 'The Roof of Arabia'. Yang sangat menarik ialah flora dan fauna serta landscape yang tak pernah kita tengok di tv atau pun media cetak sebelum ini. Kepulauan Socotra baru saja di calonkan sebagai salah satu warisan UNESCO dan diiktiraf sebagai 'world heritage site' baru-baru ini.





Anehnya, Pulau ini juga tidak mendapat tempat dikalangan pelancong walaupun ia mempunyai kelubihan berbanding mana-mana tempat lain di dunia. keanehan ini mungkin disebabkan Pulau Socotra adalah pulau yang memiliki iklim tropika padang pasir. Panasnya mencapai sehingga 40 darjaht celcius dan adalah pulau yang dilindungi keasliannya, di sana hampir tidak dibangunkan jalan raya. Satu-satunya jalan yang ada di sana, hanya dibina kira-kira 2 tahun yang lalu melalui antara Pemerintah Yaman dan UNESCO. Disini juga, Tidak banyak usaha dilakukan untuk menarik pelancung ke Pulau Socotra agar keaslian pulau Socotra terpelihara. Kemudahan juga tidak disediakan termasuk hotel atau tempat ristirahat di sana.




Lebih aneh apabila ada masyarakat yang mengaitkannya dengan penjara Dajjal. Teori sebahagian pengalisa menyatakan pulau ini mungkin tempat dajjal di kurung.Tidak dapat dipastikan kebenarannya kerana ia termasuk dalam kretria berita ghaib dan hanya berpandukan salah satu hadis yang menyebut tempat Dajjal dikurung ialah Laut Yaman. Wallahu a'lam.-gambar dari ihsan google n web.

2 comments: