Sunday, June 24, 2012

Nak Jadi 'Extremer Couponer' tapi...??

Assalamualaikum,... 
Ape khabar semua yang singgah blog ni. Aini tetiba plak rasa nak menulis. saya pon dah tak ingat bila last saya mengemas blog saya. puncanya takde masa and malas. macam biasalah.hehehe.. tapi, hari ni rajin sangat. sebab saya ade topik yang menarik untuk dikongsi.
Korang penah tak dengar "extreme couponing". kalau biasa tengok channel Discovery TLC. mesti penah watch program ni. korang mesti tahu apa makna kupon kan? means; saving/cheap/discount atau voucher. Saya sebenarnya menonton hampir semua episod extreme coupon ni. ade jugak saya watch kat youtube untuk lebih pemahaman. 




 Yelah, sape yang tak suka kalu berkenaan dengan penjimatan. siapa yang nak bazirkan duit kalau kita boleh berjimat. kat negara-negara luar seperti U.S atau California, sesetengah daripada mereka membeli barang runcit atau shopping di supermarket dengan mengunakan 90%-100% kupon dan hanya kurang dari 10% saja mereka bayar dengan wang dan jangan terkejut ade jugak yang tak perlu bayar sesen pon dan cashier plak yang kena bayar balik kerana kat mesin cashier ade negatif(-).  

Memang buat saya teruja sangat-sangat. buat saya terpikir lama macamana mereka buat ye??...sedangkan kita sendiri menghabiskan banyak wang untuk barang runcit saja. belum lagi bil2 rumah, sewa atau bil kenderaan. so, dari situ saya untuk mencari maklumat diinternet samada mengenai cara macamana nak jadi extremer couponer mahupun maklumat dalam country kite sendiri. yelah nak tau jugakkan kat malaysia ni boleh ke tak praktikkan saving cara ni. tapi, yang menyedihkan selama saya mencari maklumat diinternet. 



ini antara extremer couponer dengan barang mereka yang dibeli dengan kupon. banyakkan?


Mana-mana supermarket dimalaysia tak banyak mengunakan kupon untuk barang runcit atau mereka mengehadkan kupon yang dikeluarkan. saya pon tak tahu kenapa dekat malaysia takde. rasa tak fair je? atau mungkin saya masih belum tahu keseluruhan tentang bagaimana cara mengunakan kupon seperti ini bole digunakan dinegara kita. tapi, yang saya tau saya masih tak jumpe mana-mana supermarket yang menawarkan kupon sebegini berbanding supermarket dinegara-negara eropah. 

Kebanyakkan dinegara kita banyak mengunakan diskaun untuk tempoh tertentu dan terhad kepada barang2 seperti kedai makanan francais, produk2 kecantikkan, pakej kecantikkan dan barang-barang teknologi saja dan bukan di supermarket untuk barang runcit(groceries). barang-barang yang dijual di supermarket seperti Tesco, Econsave, Giant atau sebagainya juga tidak mempunyai kupon dari pengeluar barang2 yg diedarkan ke supermarket seperti negara-negara luar. 

Kebanyakkan kupon yang ada hanyalah kupon yang dikeluarkan oleh supermarket itu sendiri bukan dari pengeluar. anddd.. nasib jelah kalau yang bertuah dapat kupon tu kan?. untuk dapat kupon ni pon kena ada syarat jugak dan kupon ni ada tempoh yang sangat singkat untuk digunakan dan yang paling mengecewakan ada jugak yang meletakkan syarat pembelian dari RM20-100 untuk mengunakan sekeping kupon bernilai RM1 hingga 3 kalau bernasib baik dapatla RM5. ni pun untuk membercard sahaja. 


stok barang extremer couponer memang xabis lah stok nyer

Berlainan dengan negara luar yang pengeluarnya mengeluarkan satu kupon untuk satu barang dan kupon ini boleh terus ditunaikan atau discan dimana-mana supermarket yang menjual produk mereka.Malah, pengguna boleh double kan lagi penjimatan jika supermarket ade buat weekly discount atau monthly discount. contohnya: satu produk makanan dalam tin dengan harga diskaun RM2.50 dan kite ade kupon save RM2. maka kite bayar hanya RM0.50 saja untuk satu tin. untuk salah satu contoh untuk lebih double saving lagi kite cari barang yang memberi harga diskaun yang murah.tapi, itu semua dinegara luar bukan this country. 
biasanya, produk2 yang ada diskaun dan pengeluar mengeluarkan kupon untuk setiap pieces barang ni sebab produk2 macam ni biasanya barang yang jarang org beli atau mereka nak clearkan stok. mereka nak orang datang dan beli produk tersebut.
tapi, memang menyedihkan bila kita dah tau cara untuk berjimat tapi, kita tak boleh nak lakukannya. sangat-sangat mengecewakan. saya terfikir kenapa la pengeluar barang dan pemilik supermarket disini tak buat seperti di luar negara. mereka seolah-olah nak keuntungan untuk setiap barang atau produk mereka keluarkan walaupun barang tersebut tidak mendapat sambutan(tak laku), hampir tarikh luput dan terdesak untuk menghabiskan stok. 

Gunalah salah satu kaedah kupon ini untuk clearkan stok lama. pasti target anda akan tercapai. pasti anda akan punya customer untuk datang dan habiskan stok anda. daripada kerugian untuk semua barang tersebut. ada juga wang yang boleh didapati dari barang-barang seperti ini. sekurang-kurangnya bermanfaat untuk orang seperti saya untuk menghabiskannya. korang mesti terfikir bagi penguna buat apela nak beli barang yg nak diclearkan stok. sebenarnya barang-barang bermanfaat untuk ramai orang diluar sana. kita boleh lakukan sedikit amal seperti mendermakan kepada orang ramai.

So, sekarang saya masih mencari maklumat dengan harapan mana-mana syarikat pengeluar barang atau supermarket akan mengeluarkan kupon seperti ini. saya amat-amat berharap soon saya mampu menjadi seorang extremer couponer. mungkin dengan cara ini atau apa2 cara yang boleh buat double saving. kalau sesiapa yang nak share cara berjimat ikut cara anda jomlah share dgn saya and leave je comment. kite boleh tukar2 maklumat. jom sama-sama jadi smart shopper. 

"we are not consumers who can not afford to buy but, we needs to be smart consumers.producers and manufacturers should know that retaining customers rather than purely profit "

7 comments:

  1. salam , saya pun layan sgt extreme couponing . hampir setiap hari . jeles rsenye bila tgk diorg ada byk stok . boleh wat cam kedai . haha . tpy , nape negara kita ni xde ye ? sedih lha . saya juga sgt mengharapkan yg negara kita mampu mengeluarkan kupon seperti di negara luar .

    ReplyDelete
  2. assalam, kan...saya pon mengharapkan negara kita ada macam tu..lebih byk kita dapat jimat.

    ReplyDelete
  3. Saya pon swdih dengan negara kite mi. Xde sediakan kupon spt di negara luar. Negara dorang ada jugak gst tp dorang tak terasa sangat dengan bebanan ekonomi.. nasib dorang lebih terbela... sedihhhhh

    ReplyDelete
  4. kte pon seronok tp bila dapat kupon2 belakang kupon tu dh tulis kupon x laku utk brng hrga promosi... huhuhuhu

    ReplyDelete
  5. memang selalu layan extreme couponing, rasa jealous sgt2 tgk brg2 dorg penuh dalam satu stor.. boleh buat stok sampai setahun 😌

    ReplyDelete
  6. mcm mna negara kita nak kluarkan kupon, awk. sedangkan skrang pon nak cekit darah kita, petrol jgn citer la... tiap2 mnggu naik. even 0.05sen dia naik , bagi kita dah sakit, klau nak cakap pon , wat sakit ati je awk.. dlu beli brg umah 150 dh ckup untk sbln,.. skrang ni 300rm pon blm tntu ckup. hmmmmmm untuk la negara luar, pikir rakyat.. kita ni.. buat 2keja pon.. ckup2 makan. bak kata pak najib 1.40sen shri makan dh ckup. roti planta pon 0.85sen.. makan tu je la kita tiap2 ari...

    ReplyDelete
  7. Untung dpt baca blog awak.sy sblm ni pn sibuk dok cri mcmne nk jd xtrmer coupener.sbb ttarik dgn TLC channel.puas google n search.malangnya mcm negara kita supermarket atau pengeluar jenama gloceries xbuat mcm mna negara eropah m'bolehkan rakyat yg bijak bjimat.huhuhuhu

    ReplyDelete