Thursday, August 16, 2012

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri




Assalamualaikum sume. ape khabar ? puasa ok? yg x ok jgn lupa ganti..
(hehehe.)..gurau je,jgn mare..
 ermmm.. lagi beberapa hari nk menjelangnya syawal.. Hooreeyyy,...seronoknya dpt balik raya. Finally, dpt gk siapkan beberapa tempahan raya popia sarawak last minute dari custema. kelam kabut jugak saya dibuatnya. Sekarang hanya tinggal packing masuk botol je n terus anta pada custema by today ok(heheh) terror kan saya buat keje last minit. tapi, nk terkeluar jgk biji mata ni menyengkang je smpai langsung xtido. yela, wat keje sorang2, nk gulung popia yg beribu keping tu mmg lmbt la, seblom2 ni adala hubby tolong tp, skali je. pastu da surrender(hehehe). skrg amek part isi dlm botol je(kire okla kan)..tapi, takpe. yg paling penting dapat siapkan sume dan petang nnti dpt anta popia kt custema yg last skali oder iaitu k.linda RHB tersayang(hehehe), n lepas balik anta popia terus kemas barang utk balik esoknya.. huhhhh,, tentu penat giler kan?. saya berdoa sgt2 supaya Allah SWT berikan kekuatan & tenaga secukupnya untuk menempuh hari2 yg akan sibok nnt. lebih2 lagi hari raya ni tau.AMINN... yang paling penting dpt jgk balik raya thn ni n meraikan bersama2 family walaupun penat tp, kita ttp enjoyyyy dapat main bunga api...yeayyyyy....(oppss..maap, kantoii..).
sebahagian temphn yg smpt disnap..

Oklah, saya mengarut je tu..hehehe.. klah, disini saya nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin pada semua org didunia k.. yg mane juge custeme2 yg menjadi pelanggan saya. harap berpuas hati dengan apa yg saya berikan pada anda. Salah silap, tersilap kata, tersinggung kata, terlebih atau terkurang timbang dimana2 harap dimaafkan. dan juga sahabat2 karib,pena blog n dulu dan sekarang sesiapa saja yg mengenali Selamat..selamat..selamat...
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin!!!!
n Selamat Balik Kampung!!!!..

Monday, July 23, 2012

Hamster Robovoski RM10

hamster robovoski
Salam n Hye sume,.. 
tengok kat atas tu.. cute x? 
ni hamster baka robovoski. saya ada banyak jgkla hamster yg tiut miut ni(tp, takdela sbyk cam kedai). hamster ni jugak jenis yang xgigit. kalau kat kedai biasanya sampai RM23-25(xsilap syela). Mulanya saya jage 2 ekok je. pastu, anaknya bertambah2 plak. nasib bek letak dlm aquarium. so, bolela diaorg tinggal ramai2 kan. tapi, tak taula space tu muat smpai bila. so, saya bercadang nak jual anak-anaknya. 
lagipun dah takleh cmpur ngan induk dah. induk kena asing kat tmpat len sbb asyik gaduh je. mungkin tak kenal kot cos asingkan induk kejap masa dia yusu anaknya yg baru lahir(2minggu).  
sian anak2 dia yg len. 
So,sape2 yg berminat bole la hubungi saya k(0172675306). RM10each k.
anak-anak berusia 3minggu-2bulan.. sangat aktif,sihat,bulu pon cantik n(kuat makan)hehehehe...
COD cheras/leisuremall/pandan indah/ampang/dataran merdeka/tescocheras/tescoampang/carefourampang(dan lain2 tmpt yg berdekatan)

Sunday, July 22, 2012

Salam Ramadhan



Assalamualaikum semua!!(~.^)

Cepatnya masa berlalu sekarang ni dah berada dibulan puasa balik. Rasenya baru lagi rasa sate hari raya kat kampung tahun lepas. hehehe..tapi bagus jugak kalu cepat, sebab masih lagi bole menyambut bulan pose tahun 2012 ni. saya bersyukur sangat2 masih dipanjangkan usia dan diberi kesempatan untuk berpuasa tahun ni.
Bulan ramadhan tahun ni, sebenarnya saya nak sambut sederhana je. takde membazir makan. yelah bulan puasa ni kan banyak je dugaan. kalu dah smpai petang tu, perot pon dah godown. macam2 la yg teringin kan. tapi, bila buka puasa makan sikit je. jadi dari pengalaman bertahun2 yg lepas dan sedikit rasa matang(hehehe.yake?)..saya cuba bersederhana disamping dapatla diet dengan sihat. Raya tahun ni pon seronok kalu dapat kurus sikit kan. heheheh.. harapan saya untuk ramadhan tahun ni harapnya dapatla saya lalui dengan bulan yang lebih bermakna, berkat serta dapat meningkatkan lagi ibadah berbanding dengan tahun sebelumnya. 

semoga dikesempatan bulan yang mulia yang hanya meniti 30hari ni dapat memberi makna yang sangat besar. Rahmat didalam bulan ni dapat saya rasai. Insyaallah. 
Oklah, pada semua saya nak ucapkan Selamat Berpuasa ye. puasa baik-baik k..goobyeee...

Sunday, June 24, 2012

Nak Jadi 'Extremer Couponer' tapi...??

Assalamualaikum,... 
Ape khabar semua yang singgah blog ni. Aini tetiba plak rasa nak menulis. saya pon dah tak ingat bila last saya mengemas blog saya. puncanya takde masa and malas. macam biasalah.hehehe.. tapi, hari ni rajin sangat. sebab saya ade topik yang menarik untuk dikongsi.
Korang penah tak dengar "extreme couponing". kalau biasa tengok channel Discovery TLC. mesti penah watch program ni. korang mesti tahu apa makna kupon kan? means; saving/cheap/discount atau voucher. Saya sebenarnya menonton hampir semua episod extreme coupon ni. ade jugak saya watch kat youtube untuk lebih pemahaman. 




 Yelah, sape yang tak suka kalu berkenaan dengan penjimatan. siapa yang nak bazirkan duit kalau kita boleh berjimat. kat negara-negara luar seperti U.S atau California, sesetengah daripada mereka membeli barang runcit atau shopping di supermarket dengan mengunakan 90%-100% kupon dan hanya kurang dari 10% saja mereka bayar dengan wang dan jangan terkejut ade jugak yang tak perlu bayar sesen pon dan cashier plak yang kena bayar balik kerana kat mesin cashier ade negatif(-).  

Memang buat saya teruja sangat-sangat. buat saya terpikir lama macamana mereka buat ye??...sedangkan kita sendiri menghabiskan banyak wang untuk barang runcit saja. belum lagi bil2 rumah, sewa atau bil kenderaan. so, dari situ saya untuk mencari maklumat diinternet samada mengenai cara macamana nak jadi extremer couponer mahupun maklumat dalam country kite sendiri. yelah nak tau jugakkan kat malaysia ni boleh ke tak praktikkan saving cara ni. tapi, yang menyedihkan selama saya mencari maklumat diinternet. 



ini antara extremer couponer dengan barang mereka yang dibeli dengan kupon. banyakkan?


Mana-mana supermarket dimalaysia tak banyak mengunakan kupon untuk barang runcit atau mereka mengehadkan kupon yang dikeluarkan. saya pon tak tahu kenapa dekat malaysia takde. rasa tak fair je? atau mungkin saya masih belum tahu keseluruhan tentang bagaimana cara mengunakan kupon seperti ini bole digunakan dinegara kita. tapi, yang saya tau saya masih tak jumpe mana-mana supermarket yang menawarkan kupon sebegini berbanding supermarket dinegara-negara eropah. 

Kebanyakkan dinegara kita banyak mengunakan diskaun untuk tempoh tertentu dan terhad kepada barang2 seperti kedai makanan francais, produk2 kecantikkan, pakej kecantikkan dan barang-barang teknologi saja dan bukan di supermarket untuk barang runcit(groceries). barang-barang yang dijual di supermarket seperti Tesco, Econsave, Giant atau sebagainya juga tidak mempunyai kupon dari pengeluar barang2 yg diedarkan ke supermarket seperti negara-negara luar. 

Kebanyakkan kupon yang ada hanyalah kupon yang dikeluarkan oleh supermarket itu sendiri bukan dari pengeluar. anddd.. nasib jelah kalau yang bertuah dapat kupon tu kan?. untuk dapat kupon ni pon kena ada syarat jugak dan kupon ni ada tempoh yang sangat singkat untuk digunakan dan yang paling mengecewakan ada jugak yang meletakkan syarat pembelian dari RM20-100 untuk mengunakan sekeping kupon bernilai RM1 hingga 3 kalau bernasib baik dapatla RM5. ni pun untuk membercard sahaja. 


stok barang extremer couponer memang xabis lah stok nyer

Berlainan dengan negara luar yang pengeluarnya mengeluarkan satu kupon untuk satu barang dan kupon ini boleh terus ditunaikan atau discan dimana-mana supermarket yang menjual produk mereka.Malah, pengguna boleh double kan lagi penjimatan jika supermarket ade buat weekly discount atau monthly discount. contohnya: satu produk makanan dalam tin dengan harga diskaun RM2.50 dan kite ade kupon save RM2. maka kite bayar hanya RM0.50 saja untuk satu tin. untuk salah satu contoh untuk lebih double saving lagi kite cari barang yang memberi harga diskaun yang murah.tapi, itu semua dinegara luar bukan this country. 
biasanya, produk2 yang ada diskaun dan pengeluar mengeluarkan kupon untuk setiap pieces barang ni sebab produk2 macam ni biasanya barang yang jarang org beli atau mereka nak clearkan stok. mereka nak orang datang dan beli produk tersebut.
tapi, memang menyedihkan bila kita dah tau cara untuk berjimat tapi, kita tak boleh nak lakukannya. sangat-sangat mengecewakan. saya terfikir kenapa la pengeluar barang dan pemilik supermarket disini tak buat seperti di luar negara. mereka seolah-olah nak keuntungan untuk setiap barang atau produk mereka keluarkan walaupun barang tersebut tidak mendapat sambutan(tak laku), hampir tarikh luput dan terdesak untuk menghabiskan stok. 

Gunalah salah satu kaedah kupon ini untuk clearkan stok lama. pasti target anda akan tercapai. pasti anda akan punya customer untuk datang dan habiskan stok anda. daripada kerugian untuk semua barang tersebut. ada juga wang yang boleh didapati dari barang-barang seperti ini. sekurang-kurangnya bermanfaat untuk orang seperti saya untuk menghabiskannya. korang mesti terfikir bagi penguna buat apela nak beli barang yg nak diclearkan stok. sebenarnya barang-barang bermanfaat untuk ramai orang diluar sana. kita boleh lakukan sedikit amal seperti mendermakan kepada orang ramai.

So, sekarang saya masih mencari maklumat dengan harapan mana-mana syarikat pengeluar barang atau supermarket akan mengeluarkan kupon seperti ini. saya amat-amat berharap soon saya mampu menjadi seorang extremer couponer. mungkin dengan cara ini atau apa2 cara yang boleh buat double saving. kalau sesiapa yang nak share cara berjimat ikut cara anda jomlah share dgn saya and leave je comment. kite boleh tukar2 maklumat. jom sama-sama jadi smart shopper. 

"we are not consumers who can not afford to buy but, we needs to be smart consumers.producers and manufacturers should know that retaining customers rather than purely profit "

Saturday, March 24, 2012

Maher Zain - Number One For me

maher zain-number one for me


Salam semua. kali ni nak share satu lagu ngan kekawan sume. lagu ni memang best sgt. saya sangat suka music dari biola dalam lagu ni. his music is very special
disamping lirik yg sgt menyentuh hati
dan memberi kata-kata nasihat. lagu ni adalah salah satu koleksi lagu maher zain dari album "forgive me"
 yg byk menyelitkan pedoman dan kata nasihat didalam lagunya. 
 disini saya nak kongsi lirik lagu dan video untuk tontonan semua. 
jom sama2 kita menghayati lirik lagu ni yg amat mendalam and 
special to mother/mom/ mummy/mak in the world very-very special to my umi.. 
i very appreciate everything u do for me. i realise and i know how can you raise me until i was a mother.. very-very special. thankss so much..you're number one for me.

Maher zain - Number one for me


Lyrics: Maher Zain & Bilal Hajji
Melody: Maher Zain & Nano Omar
Arrangement: Maher Zain

Number One For Me - Lyrics:

I was a foolish little child
Crazy things I used to do
And all the pain I put you through
Mama now I'm here for you
For all the times I made you cry
The days I told you lies
Now it's time for you to rise
For all the things you sacrificed

Chorus:
Oh, if I could turn back time rewind
If I could make it undone
I swear that I would
I would make it up to you
Mum I'm all grown up now
It's a brand new day
I'd like to put a smile on your face every day
Mum I'm all grown up now
And it's not too late
I'd like to put a smile on your face every day

And now I finally understand
Your famous line
About the day I'd face in time
'Cause now I've got a child of mine
And even though I was so bad
I've learned so much from you
Now I'm trying to do it too
Love my kid the way you do

CHORUS

You know you are the number one for me (x3)
Oh, oh, number one for me
There's no one in this world that can take your place
Oh, I'm sorry for ever taking you for granted, ooh
I will use every chance I get
To make you smile, whenever I'm around you
Now I will try to love you like you love me
Only God knows how much you mean to me

CHORUS

You know you are the number one for me (x3)

Oh, oh, number one for me

Thursday, March 1, 2012

Short Post yg Tah ape-ape....


hye, actually,
no story, no issue.. 
just short post lewat malam kerana i miss my blog sesangat... 
jam dah menunjukkan kul 11.30mlm.. 
waktu yg sepatutnya menjadi waktu tidoku
 pasal saya nak esok keje.. 
hahahaha.. 
 boleh lagi surf tenet.. saje je.. 
post ni tak banyak mende yg best pon 
tapi, saya nak ceritakan sikit satu cerita...
hehehe(tah pape ckp...) 
sebenarnya, time saya tgh syok wat keje tadi tetiba je 
 timbul idea yg best dalam kpale otak saya ni yg dah lame tak mengeluarkan idea sebijak hari ni.. 
hehehe...
 ape idea yg best tu..
 kalau nak tau  tunggu post saya yg seterusnya.. 
nak tido dah...
gudnite..
ZZZZZZZZZZZ...

Thursday, January 26, 2012

2012 Yang Sibuk

Assalamualaikum....to all.."(^_^)"...


Finally, inilah first post saya utk tahun ini. patut ke x patut?. Sebagai seorang blogger memang xpatut kan?
ermm.. saya sebenarnya dah kehabisan idea...ade satu entry saya create awal tahun ni masih dlm draft.. tajuk dh der.. tapi, contentnyer kosong.. ishhh..xpatut betol kan? tu salah satu nyerla penyebab blog saya ni dah naik semak samun..
so skrg baru nk menebas-nebas dan menyapu semak samun ni...
so, ape lagi ek alasan lain..(mmmm>.)
>,<...
bizi???....
kalu bagi alasan bizi tu dah biasa sgt kan... tapi, memang bizi pon..nk wat cmne? nak tau ape yg saya sibok.. bukan sibok bergosip atau mengata org tau.. no..no..no
sebenarnya...,
saya bizi dgn keje.. baru je stat keje tgh bln ni.
alhamdulillah.. so, mase utk berblog perlu dibahagi-bahagikan dgn family and kerja..
tambah lagi baru je masuk keje.. kenala tunjuk rajin sikit kan..
>,<... 
well..ape lagi ek alasannyer..
ohhh...baru sy teringat.. ade satu kisah sedih.. ermm.kisah ke?
xla.. cam problem kot yg jgk penyebab tak dpt nk activated blogger ni. 
komputer saya wat hal skit.. xle nk on psl plug dah rosak..tetiba jerk dia wat hal.. cancel sume plan..
so, dari sehari ke sehari nk g beli plug baru
tapi, asyik x jadi je. sebab tu la baru skrg dpt on komputer sbb baru je dpt beli plug tu.. bukan mahal pon. baru RM18.. tu pon mtk kurg lagi dpt la RM15..huuhuhu..bab tawar menawar mmg terror.. itula, spt yg saya katakan, mase nk pergi beli tu punyala susah.. barangnya pon takdela mahal kan...?
n then,...
utk pengetahuan semua n pada sape2 yg perasan atau mengikuti perkembangan blog yg tak sebarapa ni. sebenarnya blog saya ni mengalami beberapa perubahan.. sebelom komp saya buat hal.. saya sempat tukar design blog ni.. tukar sana tukar sini.. ejas sana..ejas sini.. konon-konon nk wat perubahan skit sempena tahun baru..
last..last.. tak menjadi, background yg saya piley tu cantik.. n saya suka sgt..ade polkadot same ngan skrg yer. cumanyer, yg tu background cerah and polkadot nyer warna warni.
tapi, blog saya nmpak tak bermaya dan usang skali..macam pelik je saya tgok..mungkin colour font yg sya piley x sesuai..saya malas nk pk colour ape lagi nk letak.. so, saya pending renovate n hold sampai la komputer saya pulih kembali.
then, i decided n i go back to my old blogface.. yg ni jgk tetap yg terbaik dan sepadan dgn jiwa saya..huhuhu...tapi, sedeynyer.. semua yg khazanah2 cantik sya yg sya cari n letak kat sidebar sya.. semua dah hilang..semua dh larikan diri.. tak taula mane nk cari lagi..(warggghhhh...sob..sob)
sedih tau.. sbb sume tu sya tak tau mane nk cari lagi.. dah lupa website per..
so, blog ni memang kosong skitla..
(^,^)
so, banyak bende yg belaku  selama saya tak update blog ni kan..
so, jadila tahun ni tahun 2012 yg sibok.
lalalalalala..jap..jap...
sebelom tu saya sebenarnya bukak entry ni nk ucapkan...


"""+++HAPPY NEW YEAR +++"""
walaupun dah terlambat...sorry..
and sebelom terlambat nk juga ucapkan



HAPPY CHINESE NEW YEAR 
pada member n kenalan yg berketurunan cina.

Sementelah tangan saya masih menaip dientry ni saya nk citela sikit sal keje saya sbb entry ni pon under job entry...kalu nk tau sebelom ni saya ade buka satu entry pasal saya tensen cari keje.. ingat x?? kalu tak ingat takper..
 entry tu mmg saya tgh mencari keje.. n tgh konfius giler2 nak decide keje kat mane n keje aper..
alhamdulillah, setelah bertungkus lumus mencari keje. Memohon Doa, Menilai, Menimbang, Menyukat segala perkara.. terutama sekali perkara dimana saya tak mahu lagi bertkar ganti kerja and saya nk betul2 cari kerja yg saya boleh pergi jauh dan menjamin masa depan saya dan keluarga..INSYAALLAH..
akhirnya, saya menerima job yg dioffer pada saya di ACCT MANAGEMENT 
sebagai Account Assistant. walaupun beberapa bulan yg lepas banyak jgk tawaran kerja 
dan interview yg saya dpt dan membuatkan saya buntu  utk memiley yg terbaik utk sy sebab saya tak mau ambil ringan lagi dlm soal memilih kerja dan akhirnya berhenti separuh jalan. dengan usia yg meningkat.. lame2 diploma yg saya ader akan uzur dan usang ditelan masa,..so, sy perlu ambil masa yg ader ni utk saya kejar masa depan yg dirancangkan..
dan saya merasakan inilah satu-satunya kerja yg bersesuaian utk saya. 
and saya merancang untuk kerja lama dan tak mahu lagi bertukar ganti kerja. kalu nk tau saya dah mula suka dgn kerja saya.. ALHAMDULILLAH.. itu salah satu petanda yg baik.. walaupun pada permulaan ni sya perlu belajar menyesuaikan diri.. tp, saya boleh handle tu sume..so, wish me luck n all the best to me.. semoga ape yg dirancang berjalan dgn lancar dan seiring dgn rancangan ALLAH.. semoga rezeki dan kebaikan melimpah ruah didlm hidupku mahupun kerja.
pengalaman saya yg lepas:
"Setiap mane tempat yg kite kerja pasti akan ader masalah. 
dan penyelesaian nya bukan memilih jalan mudah.. 
try to sit and solve it slowly and acceptance it as a positive to be strong person.."
and one thing bagi saya semua ni rezki anak.. saya hanya menumpang sahaja and saya hanya memanfaatkan diploma yg saya amek selame 3 tahun n saya tak mahu mensia-siakannya. tp, itula dulu mungkin pemikiran saya tak sematang sekarang. lepas grade ingatkan nak berehat dari mengadap akaun lagi.. hingga kerja pon dah lari dari bidang asal. akhirnya, baru skrg keje dlm bidang yg betul.. pas aje grade ibarat tutup bukula(konon nk berehat)..heheheh.. skrg bila buku tu dh naik debu.. baru nk bukak balik n remind..

moral of the story, 
manfaatkan ape yg kita ader.. jgn lari bidang..(hehehe)

and for the end, and as a summary, 2012 ni bakal menjadi tahun yg sibok..
chaiyokkk....fighting..fighting...

V
V
:
;
,
saya nk selitkan kata-kata hikmah yg kene jer dgn saya. saya dpt dari sebuah filem thai..(lupa nama tajuk)

"Kita Selalu Lupa Perkara Yang Kita Nak Ingat"
dan
"Kita Juga Selalu Ingat Perkara Yang Kita Nak Lupa"

"agak2nyer knape ek?....sape boley jawab....
but kata2 hikmah menarik kan?
hehehehehe,.,.,.,.."

ehhh...tetiba ade gmbr ecah terselit...hehehe..sajeje.. entry ni dh jadi 10 in 1..kan.. semua dlm satu.. kat sini saje nk selit gmbr ecah. gmbr ni mase dia nk blajar jadi ustazah..so, dia try2 la tudung tu.. firstly, dia senyum lebar bila pakai tudung tu. tapi, jaga-jaga. "saya nak jadi ustazah 5 minit je mama.."
  so, sebelum dia tarik2 tudung oren yg cute ni.. saya terus snap this sweet moment..
"hehehe..comey x saya..?"
saya ustazah nor baiyah junior..salam perkenalan..heheh..








p/s: entry xle masuk job la.. kena wat entry lain........