Kali ni nak share lagi satu resepi lama yg saya buat ikut versi saya lagi.. ehehehe..
masak Asam Pedas Tempoyak.. Best sgt.. makan pon tambah lagi.. pada asalnya ikut perancangan saya cuma nak masak asam pedas ikan patin sahaja.. tapi, saya rase kalu tambah tempoyak lagi sedap kot. so, saya pon tambahkan 1 sudu tempoyak( ikut suka saya je). tapi, berbaloi sedap. hubby makan cakap sedap.. kire okey la tu.. (yg penting dia tak tau ade tempoyak, kalu x sumpah tak makan) heheheeh..
sya mmg fail bab mengacau.. tgokla. gulai asam pedas sya dh hancur...huhuu.. xpela.. 1st time nih...hehehe.. |
Bahan2 Masakan seperti biasa cuma tambah tempoyak je
1 ekor ikan patin-potong dan bersihkan dengan asam keping
4 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
2 cm kunyit hidup*
1 cm halia*
1 btg serai dititik
Daun kesum
1 bunga kantan-dibelah dua
1/2 mangkuk kecil air asam jawa
4 sudu besar cili kering mesin
1 sudu tempoyak
Air secukupnya
Bendi
garam dan gula secukup rasa
minyak masak
bahan-bahan bertanda*ditumbuk
Cara-caranya:
1.Panaskan minyak, masukkan bahan yang bertumbuk tadi,tumis hingga naik bau.
2.Bila sudah naik bau, masukkan air asam jawa, kacau dan biar mendidih.
3.Kemudian masukkan daun kesum, bunga kantan, kacau dan masukkan air,boleh juga tambah sayuran seperti terung panjang dan bendi,biar mendidih.
4.Masukkan ikan, garam dan gula,biar hingga ikan masak,tutup api,siap untuk dihidangkan bersama nasi putih. Okey dh siap pun..