HERNIA
Hernia berlaku apabila kecacatan kecil di dinding otot abdomen menyebabkan tisu yang lembut menonjol keluar. Ini kelihatan seperti bonjolan kecil pada kulit dan akan jelas kelihatan semasa anak batuk atau menggeliat. Keadaan yang biasa di alami oleh kanak-kanak ialah hernia pusat.. Keadaan ini berlaku di bahagian pusat. Masalah ini disebabkan kelemahan otot pada dinding abdomen semasa kelahiran. Hernia inguinal berlaku di bahagian groin dan biasanya dialami oleh anak lelaki. Kecacatan ini berlaku selepas testikel telah turun ke dalam skrotum. Biasanya hernia pusat tidak memerlukan rawatan kerana keadaan ini akan pulih dengan sendirinya. Hernia inguinal juga boleh pulih sendiri tetapi jika sebahagian kecil usus terperangkap dalam hernia, ini perlu dibetulkan melalui pembedahan.
Diatas adalah maklumat serba sedikit tentang hernia yg saya dpt dari internet. masalah ini telah berlaku keatas anak saya. sejak umurnya sebulan dia telah mengalami benjolan dibahagian bawah perutnya. hernia ni biasa berlaku dikalangan baby lelaki dan jarang berlaku pada baby perempuan. mengikut penjelasan doktor, saya ade jgk bertanya kenapa anak saya perempuan boleh kena hernia juga. doktor menjelaskan baby perempuan pun boleh kena cuma jarang kes ni berlaku. mengikut penjelasan doktor yg saya fahamla. baby mempunyai otot yg lemah ketika dilahirkan dan daripada kelemahan otot tersebut menyebabkan otot tersebut terbuka dan membentuk satu lubang kecil yg menyebabkan usus boleh masuk kedalam lubang tersebut. sebab itu bila je berlaku benjolan bayi akan menangis sakit dan bila benjolan itu akan semakin besar jika baby menangis.
rawatan emergency yg saya buat bila berlaku benjolan:
1- dukung bayi dengan segera dan redakan dulu tangisannya. bila benjolan sudah hilang.
2- segera letakkan minyak angin di perut, pusat, belakang, tapak kaki dan betis.segera pakai kan baju utk elakkan bayi kesejukkan.
3- urut dibahagian belakang badan dan betis.
4-elakkan mandi air sejuk atau mandi waktu malam. waktu malam seeloknya lap badan sahaja.
5- jika ketika mandi berlaku benjolan. biasanya saya akan angkat satu kakinya rapat keperut supaya benjolan tu hilang kerana benjolan tu berlaku diantara paha kanan dan perut. elakkan bayi menangis.
nasihat saya jika berlaku benjolan ketika mandi dan bayi menangis. jangan biarkan berterusan kerana akan menjadi lebih teruk. seeloknya redakan benjolannya dan baru mandikannya semula.
6- Kena selalu lah letak minyak angin selepas mandi.
bila saya amalkan perkara2 diatas. akhirnya benjolan tu jarang berlaku. tapi, doktor still suruh jalan operation tu utk pulih sepenuhnya.. doktor memberi jaminan 95% anak saya akan sembuh.
Tip berguna utk memulihkan masalah hernia secara tradisonal( tips ni saya dapat dari sorang kenalan yg juga mengalami masalah yg sama)
-Ambil daun mengkudu sapukan minyak gamat keatas daun mengkudu tersebut dan layurkan diatas api. kemudian letakkan daun mengkudu tadi dibahagian perut dan belakang bayi anda kemudian ikat dengan kain bengkung. insyaallah, benjolan tu akan berkurangan.